TempatanTerkini

Ceroboh Tanah Organisasi Islam: Kuil Mengaku Salah – Wan Asshima

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

RAWANG, 14 Oktober 2021 – Susulan daripada bantahan Yayasan Kubra dan MUM serta penduduk Taman Rawang Perdana ke atas pencerobohan tapak Pondok Hijrah Muslimah oleh pihak kuil haram, kes tersebut telah mendapat mendapat maklum balas yang memuaskan, kata Wan Asshima Kamaruddin, Pengasas Pondok Hijrah Muslimah Malaysia (MUM).

Hasil daripada rundingan, pihak kuil mengakui kesalahan menceroboh tanah sah milik Yayayan Kubra.

“Pihak kuil akur dan meminta notis selama 14 hari untuk meruntuhkan binaan kuil termasuk meruntuhkan semua binaan kuil kecil yang dibina di atas tanah yang diceroboh secara haram milik Yayasan Kubra di Rawang, Selangor yang tular baru-baru ini,” ujar beliau.

Selain itu, pihak Yayasan Kubra juga sudah memaklumkan kepada ADUN Kota Kemuning, YB Ganabatirau A/L Veraman yang juga merupakan Exco Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh Dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) yang menguruskan hal-ehwal bukan Islam.

“Beliau sudah ambil maklum serta telahpun berjumpa dengan pihak kuil sendiri, dan pihak LIMAS juga sudah sedia maklum dan menjadi salah satu jawatankuasa yang membantu Yayasan Kubra dalam menyelesaikan isu pencerobohan kuil haram tersebut,” tambah Wan Asshima.

“Dalam masa dua minggu ini kita akan buat perjumpaan dengan pihak kuil bersama dengan ADUN Kota Kemuning itu.”

Jelas Ahli Yayasan Kubra ini, isu ini mendapat sambutan yang luar biasa dari pelbagai pihak selepas tular melalui portal media Samudera.my yang menyiarkan artikel bertajuk “Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan.”

“Selepas tersiarnya artikel itu, pihak Yayasan Kubra menghubungi terus Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dan pihak SUK sendiri mencadangkan untuk dirujuk kes ini kepada pihak LIMAS yang menjaga hal-ehwal bukan Islam ini, contohnya isu kuil-kuil haram seperti ini maka, pihak LIMAS akan dirujuk.”

“Saya amat berterima kasih selain tidak menyangka mendapat sambutan dan sokongan daripada pelbagai pihak bagi menyelesaikan isu ini dengan cara aman.”

Ditanya perancangan untuk tanah yang merupakan tapak untuk Pondok Hijrah Muslimah, iaitu rumah perlindungan wanita itu, Wan Asshima berkata,
“Jadi sekarang kita akan tunggu sehingga pihak kuil keluar dan kita akan buat majlis perasmian kecil untuk soft launching selain mengumpulkan lagi dana dan seterusnya membangunkan tanah berkenaan.”

“Sebagai permulaan, kita akan buat bangunan kecil dahulu untuk tidak dibiarkan kosong. Mungkin kita letak kabin dulu dan lepas itu kita buat gelanggang silat dulu di kawasan berkenaan.”

“Kita jangkakan tempoh pembangunan ini dalam dua tahun untuk disiapkan bangunan tersebut,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button