Tempatan

Ceroboh Tanah Haram: Kerajaan Negeri Akan Terus Dakwa – MB Pahang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAUB, 24 Julai 2023 – Kerajaan Negeri Pahang tidak akan memberi kompaun sebaliknya akan terus menghadapkan penceroboh tanah haram ke muka pengadilan, kata Menteri Besar Pahang, Dato’Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

“Saya juga meminta Penasihat Undang-Undang Negeri, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai -pegawai daerah supaya sekiranya ada berlaku penangkapan, saya tidak benarkan kompaun lagi. Ini kerana saya dapati kompaun ini tidak menakutkan mereka dan seolah-olah Kerajaan Negeri tidak serius.”

“Sehubungan dengan itu saya telah minta Penasihat Undang-Undang supaya membawa mereka ini ke muka pengadilan. Kita dakwa mereka, biar rakyat nampak apa yang kita buat,” tegas beliau dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Syarikat Rejim Israel Bakal Promosi Produk ‘Halal’ Di Malaysia, Indonesia

BACA JUGA: Dijual Di Jaringan Gelap, WormGPT AI Perkasakan Jenayah Siber

BACA JUGA: Penyakit TIBI Bakal Akibatkan Sejuta Kematian Menjelang 2035 Jika Tidak Dibendung

Dalam masa yang sama, beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan memerangi habis-habisan pencerobohan tanah haram ini dengan meminimakan atau mensifarkan penerokaan tanah haram dan perlombongan haram serta apa jua aktiviti yang berkaitan dengan aset Kerajaan Negeri.

Kata beliau, aset hak milik Kerajaan Negeri adalah tidak dibenarkan sama sekali diteroka secara haram berikutan ia akan merugikan Kerajaan Negeri.

Baru-baru ini, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) berjaya menangkap enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti perlombongan bahan mineral bauksit tanpa lesen.

Dalam bulan ini juga, pihak UPNP berjaya mematahkan cubaan membuka tanah haram di atas tanah kerajaan di Raub.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: