Antarabangsa

Lebih 4,000 Artifak Bersejarah Yaman Dirompak & Dijual

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SANA’A, 21 November 2022 – Pusat Kajian Arkeologi Al-Hudhud di Sana’a, Yaman telah melaporkan dakwaan 4,265 artifak negara itu dicuri dan dijual di beberapa buah negara.

Lapor berita Arab, lebih 4,000 artifak diseludup keluar dan dilelong di beberapa negara iaitu Amerika Syarikat (AS), Britain, Perancis, Jerman, Israel dan juga Belanda.

Pusat kajian itu berkata bahawa 2,167 barangan dilelong di AS, manakala 501 barangan dilelong di Israel. Mereka juga berjaya mengenal pasti 2,523 artifak yang dijual setakat ini dianggarkan bernilai USD 12 juta, termasuk sebuah manuskrip sejak abad ke-15 bernilai USD 800,000.

Mengulas lanjut, pada bulan lalu, seorang ahli arkeologi bebas Yaman, Abdullah Mohsen mendakwa bahawa TimeLine Auctions, London berhasrat untuk menjual lebih 6,000 artifak purba dari seluruh dunia, termasuk yang dipercayai dirompak dari tapak warisan dan muzium di Yaman.

Tambahnya, peniaga dari Israel, Jepun, Britain dan Perancis terlibat dalam lelongan atas talian yang dijadualkan pada 29 November hingga 03 Disember.

Tahun lalu, Pusat Kajian Al-Hudhud turut mendakwa gabungan pimpinan Arab Saudi, yang telah melancarkan perang terhadap Yaman sejak Mac 2015, telah memusnahkan kira-kira 9,812 tapak bersejarah termasuk tiga tapak yang mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: