Tempatan

Cek ‘Tidak Halal’: Sikap Jahil Semarakkan Islamofobia Di Malaysia – Nurfitri Amir Muhammad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 02 Januari 2022- “Sikap jahil dan tidak ambil tahu tentang konsep halal haram dalam Islam oleh pihak seperti Persatuan Wah Chai ini hanya akan menyemarakkan lagi Islamofobia di Malaysia,” kata Naib Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa dan Penyelidikan Untuk Kelestarian (IDRIS Association), Nurfitri Amir Muhammad.

Beliau berpandangan bahawa pihak Persatuan Wah Chai telah bersikap buruk sangka kepada institusi Islam kerana dengan mudah menyalahkan institusi walhal kesilapan tersebut adalah dari pihak mereka sendiri.

Apa yang lebih malang, ada pula umat Islam yang bersikap apologetik tanpa mengetahui pucuk pangkal cerita dengan turut sama membenarkan kenyataan kononnya umat Islam di Malaysia bersikap kolot, tambah beliau.

Berikutan itu Nurfitri menasihati pihak Wah Chai untuk bersikap profesional dengan memohon maaf atas fitnah tersebut kerana sudah terbukti kebenarannya.

Beliau juga mengingatkan umat Islam untuk menyiasat kesahihan sesuatu perkara sebelum mengkritik secara membuta tuli.

“Suka saya ingatkan umat Islam kena ubah sikap sesuai dengan suruhan Allah SWT iaitu fatabayyanun.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: