Tempatan

Cedera Leher Dirempuh Pemandu Lori Mabuk Lawan Arus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISKANDAR PUTERI, 05 Januari 2023 – “Tindakan itu menyebabkan dia merempuh dua kereta iaitu Mercedes Benz dan juga Nissan Almera dengan pemandu Mercedes Benz cedera di leher dan kaki,” ujar Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin dalam satu kenyataan.

Ia susulan tindakan seorang pemandu lori yang memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga melawan arus dan melanggar dua kenderaan tersebut di Kilometer 5.5 Lebuhraya Link Kedua, kelmarin.

BACA JUGA: Perlis, Kelantan & Terengganu Antara Bebas Ternakan Babi Komersial

BACA JUGA: Pemandu Mabuk Rempuh Maut Pasangan OKU: Kerajaan Tengok Sahaja? – Netizen

BACA JUGA: Kemalangan Maut, ISMA Melaka Tengah Desak Beku Lesen Arak Negeri

Beliau menjelaskan lagi bahawa, “Kejadian jam 4.30 petang itu berlaku apabila lori lima tan dipandu suspek dalam perjalanan dari Kulai menghala ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Ketika tiba di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gelang Patah menghala ke Selatan, suspek terlepas susur ke PTP dan dia memandu melawan arus untuk masuk ke susur itu.”

Pemandu lelaki yang berusia 41 tahun itu kini telah ditahan reman selama empat hari oleh Majistret Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Perintah itu dikeluarkan bagi membantu siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: