Tempatan

NGO Gesa Kerajaan Pulihkan Industri Ternakan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 14 Disember 2022 – Timbalan Presiden Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR), Nordin Mat menggesa agar Kerajaan memulihkan industri ternakan negara dengan melaksanakan Lembaga Ruminan Negara secara serius.

Kata beliau, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang bertanggungjawab dalam reformasi industri itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sehinggakan Malaysia terpaksa bergantung kepada import bagi menampung keperluan bahan makanan tersebut.

Gesaan itu termasuklah pelaksanaan Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara (2021-2025) yang mempunyai inisiatif khusus dalam membangunkan industri berkenaan.

Katanya, sudah tiba masanya tenaga pakar yang terdiri daripada pakar teknikal dan komersial diletakkan dalam pembangunan industri ini supaya industri ruminan dapat dimajukan secara khusus.

Pada masa ini, Malaysia hanya mengeluarkan 23 peratus daging lembu manakala nilai import daging mencecah sehingga RM3 bilion setahun, jelasnya lagi.

Sebelum ini, bekas pensyarah Sains Haiwan, Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Azhar Kasim mengesyorkan agar Kerajaan membuka ruang kepada siswazah daripada jurusan sains haiwan atau pengurusan dan pemasaran misalnya untuk bersama-sama meyumbang buah fikiran dalam pembangunan industri ternakan ini.

Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin juga pernah menyatakan, kekuatan sesebuah negara bergantung kepada keupayaannya untuk menghasilkan sumber makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: