Antarabangsa

Tolak Filem “Lightyear”, Disney Label Negara ‘Berpemikiran Mundur’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PARIS, 22 Jun 2022 – “Kami tidak akan mengubah filem yang kami buat hanya kerana beberapa negara – tiada istilah yang lebih sesuai – berpemikiran mundur,” ujar Galyn Susman, penerbit filem kontroversi Disney, Lightyear dalam kenyataannya yang dipetik berita luar, abscbn news.

Penerbit filem pecah panggung terbaru Disney-Pixar, “Buzz Lightyear” itu memberitahu, mereka tidak peduli akan amaran yang diterima susulan dari kecaman yang menentang perkahwinan sesama jantina.

Lebih dari 12 negara majoriti Muslim menolak tayangan filem ‘Lightyear’ dari klasik Pixar – ‘Toy Story’ itu sebagai tanda penentangan terhadap perkahwinan di antara dua watak wanita dalam filem tersebut yang dijangka akan ditayangkan secara global pada Jumaat.

“Kami telah diberi amaran perkara sebegini akan berlaku,” kata Galyn Susman.

Menjelaskan mengenai banyak laporan yang berfokuskan kepada “percumbuan antara wanita” dalam filem tersebut, babak hangat itu memaparkan dua orang wanita yang sudah lama berkahwin dan mempunyai seorang anak sedang bercumbu.

Angus MacLane yang merupakan pengarah filem memaklumkan bahawa tiada sebarang tindakan akan dibuat bagi mengubah filem tersebut hanya semata-mata untuk menyenangkan hati pihak penapis.

“Kami membuat filem kami dan mereka tidak mahu menontonnya, tidak mengapa,” ujar beliau.

“Memang mudah untuk menyediakan watak nakal yang tidak takut akan marabahaya dan sentiasa mempunyai punchline. Perkara sebegitu boleh menjadi lucu tetapi kita sudah banyak menontonnya. Terdapat sesuatu yang menarik dalam menyediakan komedi daripada kesederhanaan dan empati,” tambah beliau yang mahu mengelak dari menghasilkan watak klise yang comel dan lucu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: