Terkini

Keluarga Adib Hanya Dapat Pencen RM300 Sahaja? – Naib Presiden BERJASA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2021 – “Keluarga arwah Adib hanya dapat pencen RM300 lebih sahaja? Ini yang ayahnya sebut masa kami ziarah baru-baru ini di rumahnya,” dedah Hj Samad Ashaari, Naib Presiden BERJASA.

Berikutan itu, beliau mendesak Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican untuk menyelesaikan isu pencen Allahyarham Adib.

Ini kerana Allahyarham terkorban mati dipukul sewaktu sedang menjalankan tugasnya, bukan sewaktu tidur di atas kerusi empuk.

“Sudahlah keadilan pada penjawat awam ni sampai sekarang tidak terbela, sekurang-kurangnya pertimbangkanlah bagi pencen penuh untuk arwah.”

“Mak dia sampai kata, arwah masa hidup bagi lagi banyak pada kami bulan-bulan,” tambah Hj Samad Ashaari.

Ujar beliau lagi, “Ini tak perlukan jawatankuasa khas pun untuk selesai. Umumkan untuk bagi kadar pencen penuh kepada keluarga arwah.”

Mengakhiri kenyataan, Hj Samad Ashaari mengingatkan kerajaan bahawa, “Rakyat memerhati. 3 tahun tak ada apa-apa tindakan.”

“Tak tahulah berapa kali tubuh jawatankuasa nanti baru selesai kes ini.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: