Tempatan

Cawangan TH Beroperasi Hari Ini Untuk Surat Terima Tawaran Haji – TH

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Mei 2022 – Kesemua cawangan Lembaga Tabung Haji (TH) di seluruh negara dibuka hari ini daripada pukul 8.45 pagi hingga 4 petang untuk urusan surat menjawab tawaran haji.

TH dalam satu kenyataan memaklumkan, semua 123 cawangannya akan beroperasi pada hari ini, Ahad 8 Mei 2022 bagi membolehkan bakal haji yang terpilih pada Musim Haji 1443H/2022M untuk menghantar surat terima tawaran haji, buku rekod rawatan setelah pemeriksaan kesihatan dibuat dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran.

“Keputusan ini dibuat bagi memberi kemudahan dan untuk melancarkan urusan bakal jemaah haji walaupun hari Ahad merupakan hari cuti di kebanyakan negeri. Kami berharap bakal jemaah haji dan juga pendeposit dapat memanfaatkan peluang ini,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi, Mohamed Ameen Abdul Wahab.

Selain urusan itu, pendeposit juga boleh hadir untuk perkhidmatan simpanan dan pengeluaran serta penukaran status akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa.

TH baru-baru ini membuat keputusan untuk melanjutkan tarikh menjawab surat tawaran tunai haji kepada Isnin, 9 Mei 2022.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603 – 6207 1919; Faks: +603 – 7728 4959 dan Emel: [email protected]

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: