Antarabangsa

Kelab Bola Sepak Inggeris Buka Stadium Untuk Umat Islam Sempena Aidiladha

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BLACKBURN, 07 Julai 2022 – Blackburn Rovers, sebuah kelab bola sepak Inggeris mengumumkan pembukaan Stadium Ewood Park bagi membenarkan umat Islam di sana menunaikan solat sunat Aidiladha Sabtu ini.

Demikian pengumuman yang dikeluarkan melalui kenyataan media di akaun Twitter Blackburn Rovers pada Sabtu, 2 Julai lalu.

Menurut kenyataan itu, solat Aidiladha di stadium tersebut akan bermula tepat pada jam 9.30 AM dan kesemua jemaah dikehendaki hadir sebelum jam 9 pagi. Pihak mereka menganggarkan kehadiran lebih 3,000 jemaah yang akan menunaikan solat sunat Aidiladha di stadium itu.

“’Eid @ Ewood Park’ terbuka kepada orang ramai dan keluarga dari semua peringkat umur, peruntukan tempat solat untuk lelaki dan perempuan turut disediakan. Mereka yang hadir diminta membawa sejadah sendiri,” ujar pihak pengurusan.

Mereka turut memaklumkan bahawa tiada sebarang pendaftaran diperlukan dan para jemaah dinasihatkan datang dalam keadaan sudah berwuduk. Namun demikian, acara tersebut terpaksa dibatalkan sekiranya hujan.

Sebelum ini, Blackburn Rovers telah membuka pintu stadium tersebut kepada umat Islam semasa perayaan Aidilfitri lalu. Mereka merupakan kelab bola sepak pertama di United Kingdon (UK) yang menganjurkan solat sunat Aidilfitri di stadium.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: