Tempatan

‘Casing’ Telefon Bimbit Punca Penyakit Tendinitis – Dr Hanani Kamarudin

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 24 Julai 2022 – Pengamal perubatan swasta, Dr Hanani Kamarudin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam memilih sarung (casing) telefon bimbit kerana ia berisiko menjadi punca berlakunya penyakit tendinitis.

“Penyakit tendinitis ini adalah penyakit lenguh pergelangan tangan kerana memegang telefon bimbit terlalu lama. Mereka yang mengalaminya akan merasa kebas dan kaku walaupun sedang tidur serta tidak memegang telefon bimbit.”

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi ketika bertemu dengan seorang pesakit yang menceritakan pengalamannya yang mengalami lenguh di tangan selain terjaga daripada tidur di waktu malam kerana merasa sakit di tangan.

“Tidak pernah jatuh dan kemalangan pada tangan tersebut. Setelah diperiksa, perkara yang kita sangka remeh sebenarnya bahaya iaitu sarung telefon,” ujar beliau yang mencadangkan pengguna untuk memilih sarung telefon bimbit yang lebih ringan dan selesa di tangan atau menggunakan pemegang (stand) bagi penggunaan dalam tempoh yang lama.

Leave a Reply

Back to top button