Caruman KWSP Majikan 20%, Ramai Pekerja Mungkin Dibuang
KOTA KINABALU, 09 Mei 2023 – Sebahagian pekerja perusahaan mikro, kecil dan sederhana mungkin akan dibuang kerja sekiranya cadangan menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) majikan kepada 20 peratus dilaksanakan.
Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Foo Ngee Kee berkata, penambahan caruman majikan menjadi satu beban besar kepada usahawan PKS terutama usahawan mikro.
Ujarnya, usahawan mikro bukan sahaja terbeban dengan cadangan itu tapi pihak mereka sudah cukup terbeban dengan penguatkuasaan gaji minimum sebanyak RM1,500 bermula Julai ini.
BACA JUGA: Kerajaan Cadang Guna Susu Getah Tempatan Dalam Pembuatan Sarung Tangan
BACA JUGA: Awas! Harimau Bukit Berekeh, Perak, Mula Mengganas
BACA JUGA: PERHATIAN: Penutupan Jalan Sementara Di Sekitar Bandar Penawar Bermula 12 Mei Ini
Jelas Ngee Kee, “Sekiranya caruman KWSP juga turut dinaikkan maka, kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh majikan akan menjadi lebih tinggi. Majikan bukan hanya perlu membayar tambahan gaji minimum RM300 bagi setiap pekerja malah, perlu mencarum sehingga 20 peratus sebulan.”
Ngee Kee juga mengatakan bahawa pengusaha PKS belum pulih sepenuhnya daripada COVID-19. Justeru itu, beliau melihatnya sebagai masa yang tidak sesuai untuk melaksanakan caruman KWSP 20 peratus.
Menurutnya lagi, usahawan mikro hanya mencatatkan keuntungan kurang RM300,000 setahun, malah dalam tempoh sebulan mereka hanya merekodkan keuntungan antara RM10 ribu hingga RM20 ribu sahaja.
“Jadi, bayangkan bebanan kos operasi yang perlu ditanggung oleh pengusaha sekiranya pelaksanaan gaji minimum dan caruman KWSP sebanyak 20 peratus dilaksanakan serentak. Keadaan ini mungkin mengakibatkan lebih ramai pekerja terpaksa diberhentikan kerana majikan tidak mampu menanggung kos upah yang tinggi,’’ katanya.
Mengulas lanjut, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Proesor Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, caruman KWSP majikan sebanyak 20 peratus mampu menyelamatkan masa depan pekerja selepas persaraan.
Hal ini kerana Malaysia merupakan negara menua iaitu jumlah warga emas semakin meningkat dan ramai di antara mereka masih bekerja.