Carlsberg Malaysia Peruntuk Perbelanjaan Modal Terbesar Sepanjang 30 Tahun
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 21 Jun 2022 – Bagi memantapkan prestasi kemampanan dan memodenkan kemudahan pengeluaran, Carlsberg Brewery Malaysia Bhd telah memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM110 juta untuk menaik taraf kilang birnya di Shah Alam.
Peruntukan itu merupakan pelaburan terbesar kilang bir pertama yang dibina di luar Copenhagen, Denmark itu dalam tempoh 30 tahun, lapor The Star.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carlsberg, Cees ‘t Hart, berkata, beliau amat berbangga dengan Carlsberg Malaysia yang tangkas, berdaya tahan dan tetap kekal utuh di saat negara berdepan dengan pandemik COVID-19.
Tambah The Star, Carlsberg Brewery melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM91.6 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac berbanding RM66.5 juta pada suku perbandingan sebelumnya.
“Malaysia adalah salah satu pemacu pertumbuhan utama di Asia bagi kumpulan ini. Saya sangat berbangga kerana Carlsberg Malaysia tangkas, berdaya tahan dan berjaya menempuhi malah muncul lebih kuat berbanding sebelum ini, sepanjang wabak itu.”
Tambah Cees ‘t Hart, “Saya mempunyai keyakinan penuh bahawa, bersama pelanggan, rakan kongsi dan pekerja kami, Carlsberg Malaysia akan terus menghasilkan minuman yang lebih baik untuk hari ini dan akan datang.”
Jun 2021 yang lalu, Kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua kilang minuman keras menutup operasi mereka serta-merta.
Notis itu diberikan kerana kilang minuman keras tidak termasuk di dalam kategori keperluan asas.