Tempatan

Pembayar Zakat Melaka Meningkat Lebih 53 Ribu Orang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 13 Januari 2023 – Bilangan pembayar zakat di Melaka meningkat kepada 53,414 orang pada tahun lalu berbanding hanya 50,953 pada 2021.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali memaklumkan, jumlah pembayar zakat negeri itu meningkat sebanyak 4.83 peratus sekali gus menjadikan jumlah kutipan zakat juga bertambah.

Katanya dalam sebuah majlis penyerahan zakat perniagaan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjaya mengumpul kutipan zakat sebanyak RM116.8 juta sepanjang 2022 berbanding RM106 juta pada 2021, iaitu peningkatan hampir RM11 juta atau 10.21 peratus.

BACA JUGA: Isu Harga Makanan: Pengusaha Kantin Digesa Rujuk Garis Panduan KPM

BACA JUGA: Diskaun Saman Trafik CNY 13 dan 14 Januari Ini

BACA JUGA: Farmasi AS Kini Bebas Jual Pil Gugurkan Kandungan

“Kita menyasarkan kutipan zakat pada tahun ini berjumlah RM118 juta,” tambah Sulaiman.

Beliau turut mendedahkan, zakat pendapatan mendapat kutipan tertinggi iaitu RM69.4 juta, diikuti RM22.4 juta daripada zakat wang simpanan, zakat perniagaan sebanyak RM16.8 juta dan zakat pertanian sebanyak RM57,347.09.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: