Tempatan

Kesan Sampingan Vaksin COVID-19, Kerajaan Bayar RM2.5 Juta Pampasan Setakat Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Jun 2023 – Kerajaan telah membayar pampasan lebih RM2.5 juta kepada 150 pemohon yang mengalami kesan sampingan yang serius selepas menerima vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, kementerian menerima 318 permohonan di bawah skim Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 kepada mereka yang mengalami Kesan Advers Susulan Imunisasi atau Adverse Events Following Immunisation (AEFI) yang serius atau hilang upaya kekal serta waris penerima vaksin yang meninggal dunia.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 150 permohonan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin, manakala 30 permohonan masih dalam penilaian dan 138 telah ditolak,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

BACA JUGA: Tragedi Batang Kali: Laporan Siap Hujung Bulan Ini

BACA JUGA: Gejala Seks Rambang Dikalangan Remaja Bawah Umur Membimbangkan-Pakar

BACA JUGA: Suami Wanita Tanggal Baju Kelab Komedi, Didenda RM16,000

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh), yang bertanyakan tentang jumlah laporan AEFI yang diterima kementerian dan jumlah pampasan kepada pemohon setakat ini.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, kementerian menerima 26,716 laporan AEFI sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dimulakan.

“Kadar laporan AEFI adalah sama dengan 368 laporan untuk setiap satu juta dos yang diberikan,” katanya.

Katanya, 93 peratus daripada kes AEFI tidak serius, dengan penerima vaksin pulih dalam masa beberapa hari tanpa memerlukan sebarang rawatan.

“Sementara itu, daripada 26,716 laporan AEFI yang diterima, hanya 1,869 laporan (atau tujuh bagi setiap satu juta dos yang diberikan) diklasifikasikan sebagai serius,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: