PRU-15

Kenyataan Panglima Tentera Darat Tentang PRU-15 Dimanipulasi, TDM Keluar Kenyataan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 November 2022 – Tentera Darat Malaysia menegaskan bahawa satu kenyataan dari Panglima Tentera Darat seperti yang tular di media sosial telah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan.

“Dalam artikel media arus perdana bertarikh 6 Nov 22, memetik kenyataan Anggota Tentera Diingat Tidak Terbabit Secara Langsung Kempen PRU15 (Sumber berita BERNAMA: htps://www.bemama.com/m/news.php?id=2135786) telah dimanipulasi dengan kenyataan berikut ‘TETAPI SAYA BENARKAN MANTAN MENTERI PERTAHANAN MASUK BERKEMPEN DI DALAM MANA-MANA KEM TENTERA DARAT DIA BERTANDING’. Kenyataan ini telah tersebar di aplikasi WhatsApp adalah tidak wajar kerana disifatkan menyebarkan fake news.”

Jelas TDM, Panglima Tentera Darat dalam kenyataannya semasa sesi sidang media di Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada Veteran ATM baru-baru ini hanya memperingatkan bahawa anggota tentera tidak boleh terlihat secara langsung termasuk turun padang berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana dianggap melanggar peraturan yang ditetapkan kepada anggota ATM.

Panglima Tentera Darat malah turut menyatakan bahawa setiap anggota berhak untuk mengundi dan memilih siapa sahaja dalam PRU-15 bagi menentukan masa depan negara.

“Berikutan tular di media sosial kenyataan Panglima Tentera Darat telah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dilihat berupaya menjejaskan imej Panglima Tentera Darat,” kata TDM dalam satu kenyataan di Facebook rasmi mereka.

Justeru, TDM memandang serius isu ini dan menegaskan bahawa kenyataan kononnya mantan Menteri Pertahanan dibenarkan berkempen tersebut adalah tidak benar dan dilihat mempunyai unsur tidak baik oleh pihak yang terbabit.

“TDM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba memanipulasi atau cuba memprovokasi melalui penyebaran berita yang tidak benar yang akan menjejaskan nama baik TDM amnya dan nama baik Panglima Tentera Darat khususnya,” tegas TDM lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: