Terkini

Cadangan Tambah Kuota Pelajar Cina & India Ke Matrikulasi – YB Sivakumar Varatharaju Naidu (MP Batu Gajah)

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 – YB Senator Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin memaklumkan bahawa kuota kemasukan ke Program Matrikulasi tertakluk kepada komposisi yang telah ditetapkan sebelum ini.

Kenyataan itu dikeluarkan apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Batu Gajah YB Sivakumar Varatharaju Naidu berkenaan cadangan untuk menambah jumlah pengambilan pelajar-pelajar berbangsa Cina dan India memasuki program matrikulasi pada tahun ini.

Tegasnya, Kerajaan telah menetapkan dasar pengambilan pelajar ke Program Matrikulasi adalah tertakluk kepada kuota 90 peratus bagi pelajar Bumiputera dan 10 peratus bagi pelajar bukan Bumiputera.

“Kerajaan telah memutuskan bahawa peratusan pengambilan pelajar adalah mengikut nisbah 5.43 peratus untuk kaum Cina, 3.72 peratus untuk kaum India dan 0.85 peratus untuk lain-lain.”

Sebelum ini, isu kuota untuk program pra-universiti ini pernah dibangkitkan, namun Jemaah Menteri memutuskan kuota 90 peratus untuk pelajar Bumiputera dan 10 peratus untuk pelajar bukan Bumiputera dikekalkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: