Tempatan

Cadangan Perjanjian Baharu MA63 “Terpesong” – Maximus Ongkili

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2022 – Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili, dalam sidang Parlimen hari ini mengulas tentang isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dibangkitkan.

“Tiada siapa yang harus mengubah perjanjian asas yang membawa kepada pembentukan Malaysia. Mana-mana pandangan yang mencadangkan perjanjian baharu Malaysia adalah pandangan yang terpesong dari perjuangan nasionalisme negara,” tegas beliau.

Beliau turut mendakwa bahawa pengabaian terhadap perjanjian tersebut boleh dianggap sebagai “membelakangkan” Persekutuan Malaysia itu sendiri.

“Apabila Perjanjian Malaysia 1963 diabaikan, ia bermakna membelakangkan Persekutuan Malaysia. Pandangan sebegini amat mengelirukan, jauh tersasar dan tidak selaras dengan Perlembagaan yang telah kita luluskan di Dewan yang mulia ini,” ujarnya.

“Maka tanggungjawab kita bersama untuk pastikan ia dilaksanakan,” jelasnya lagi.

Baru-baru ini, Datuk Mohd. Azis bin Jamman telah bertanyakan pandangan Kerajaan mengenai cadangan oleh beberapa ahli politik berkenaan keperluan perjanjian baru bagi menggantikan MA63.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: