Cadangan Cuti 4 Bulan Untuk Wanita Kematian Suami? – Ahmad Fadhli Bin Shaari
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 20 Julai 2022 – Apakah Kerajaan akan mempertimbangkan cuti ihdad iaitu cuti untuk wanita yang kematian suami yang pada hari ini cuma diberikan tiga hari seminggu? demikian soalan dari Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Bin Shaari dalam sidang Parlimen sebentar tadi.
Tambah Ahmad Fadhli Bin Shaari, selain Kelantan yang sudah memperkenalkan cuti selama sebulan, di dalam Islam sendiri diberikan empat bulan untuk wanita yang kematian suami.
Menjawab pertanyaan yang diajukan tersebut, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff memaklumkan bahawa setakat ini sepertimana pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi ruang kepada mereka yang kematian suami dengan satu insentif tertentu.
Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa sekiranya perkara ini ada kepentingan dalam negara ini maka akan dicadangkan kepada Kerajaan untuk dilihat kedepannya berkaitan dengan cuti ihdad.
Ini kerana, mengambil contoh di negara Jepun iaitu pada tahun 1947 bagaimana diperkenalkan dasar cuti berkaitan dengan haid ini tetapi makluman kajian mendapati ramai yang tidak memohon kerana rasa malu dan ada yang menolak kerana dianggap tidak produktif.
Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff turut mengucapkan tahniah kepada negeri Kelantan yang telah meluluskan cuti dengan bayaran gaji penuh sebulan kepada isteri yang kematian suami.
Untuk makluman, sesi soal jawab tersebut diutarakan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-14 Dewan Rakyat sesi pagi, Rabu 20 Julai 2022.