Tempatan

Hujan & Ribut Petir Dijangka Langgar Beberapa Negeri 3 Hari Berturut-Turut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan fenomena hujan dan ribut petir akan berlaku di beberapa negeri selama tiga hari berturut-turut.

Ramalan cuaca pada 28 Mac menyatakan, hujan akan melanda di satu dua tempat di Sabah dan Sarawak pada waktu pagi dan petang.

BACA JUGA: PERHATIAN, Sibu Dijangka Dibadai Ribut Petir

BACA JUGA: Hukuman Sebat Wajar Kekal, Laksana Secara Terbuka Di Khalayak Ramai

BACA JUGA: 20 Jemaah Haji Terbunuh, Bas Langgar Jambatan

Manakala ribut petir pula akan melanggar Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) pada waktu petang.

Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu) pula akan dilanda hujan pada waktu malam.

337666360_549266103975881_3445774437739497587_n.jpg?resize=780%2C536&is-pending-load=1#038;ssl=1

Pada 29 Mac 2023, ribut petir dijangka berlaku pada waktu petang di satu dua tempat di Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, WP Kuala Lumpur, Johor, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Sandakan) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu).

Hujan pula dijangka berlaku pada waktu pagi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sabah (Sandakan dan Kudat). Manakala Perak, Pahang, Sabah (Pedalaman, WP Labuan, Sandakan dan Kudat) dan Sarawak (Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) pula akan dilanda hujan pada waktu malam pada tarikh ini.

29-mac.jpg?resize=780%2C536&is-pending-load=1#038;ssl=1

Tambah METMalaysia, Perak, Sabah dan Sarawak akan mengalami hujan dan ribut petir di beberapa tempat sepanjang hari pada 30 Mac 2023.

30-mac.jpg?resize=780%2C536&is-pending-load=1#038;ssl=1

Untuk maklumat cuaca terkini, anda boleh dapatkan di www.met.gov.my atau melalui aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: