Tempatan

‘Jom Ziarah Gereja’: Menteri Belia Dipanggil Polis Bantu Siasatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SENTUL, 20 Mac 2023 – Pihak polis akan memanggil Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ oleh sebuah NGO di bawah naungan kementerian itu.

Lapor portal tempatan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, setakat ini, polis telah menerima dua laporan mengenai isu tersebut.

“Kita telah merakam keterangan tiga individu yang terdiri daripada pengadu dan dua wakil NGO bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

BACA JUGA: SKMM Beri Amaran Terhadap Individu Bangkit Sentimen Kebencian 3R

BACA JUGA: Tun M Mohon Tandatangan Proklamasi Orang Melayu Jika Sayang Bangsa

BACA JUGA: DUN Johor Guna Istilah ‘Pengimbang’ Ganti ‘Pembangkang’

Dalam pada itu, pihaknya juga akan merakam keterangan Che’guBard (Badrul Hisham Shaharin) pada hari ini bagi membantu siasatan perkara berkenaan.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim pula, meskipun program itu telah dibatalkan pada Ahad lalu, satu laporan polis telah diterima berhubung kes tersebut.

Terdahulu, Che’guBard menempelak program ‘Jom Ziarah Gereja’ dan menegaskan bahawa mempromosikan agama-agama lain di kalangan orang Islam adalah satu jenayah kerana agama Islam merupakan agama Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: