Antarabangsa

Gesa Gencatan Senjata, Setiausaha Khas Parlimen UK Dipecat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 1 November 2023 – Perdana Menteri United Kingdom (UK) Rishi Sunak telah bertindak memecat seorang pegawai kementerian kerana pegawai tersebut menyeru supaya gencatan senjata dilakukan di Gaza.

Pegawai tersebut, Paul Bristow yang juga merupakan seorang ahli parlimen Konservatif telah dipecat dari jawatan setiausaha khas parlimen di Jabatan Sains pada Isnin lalu.

Beberapa hari sebelum pemecatan, Bristow telah mengarang sepucuk surat kepada Sunak agar Perdana Menteri itu mendesak agar gencatan senjata jangka panjang dilakukan.

London berpendirian untuk bersetuju hanya bagi “jeda terhad” dalam memberi laluan supaya bantuan dapat disalurkan kepada mangsa konflik di Gaza.

Menurut jurucakap bagi 10 Downing Street, Bristow telah diminta untuk meletakkan jawatannya di dalam kerajaan berikutan ulasan-ulasan yang dibuat olehnya yang tidak selari dengan prinsip-prinsip pertanggungjawaban bersama.

Menerusi suratnya yang ditujukan kepada Sunak, Bristow menyatakan bahawa “gencatan senjata berkekalan” dapat “menyelamatkan banyak nyawa dan dapat membenarkan bantuan kemanusiaan mencapai mereka yang paling memerlukan”.

Sunak walau bagaimanapun telah menyuarakan pendiriannya dalam menyebelahi tindakan Israel terhadap warga Palestin dan hanya menyeru agar diadakan jeda sementara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: