Tempatan

COVID-19: Waris Dibenarkan Mandi Dan Kafankan Jenazah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 01 Julai 2022 – Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, dalam kenyataannya mengatakan bahawa hanya dua orang waris dibenarkan bagi membantu urusan memandikan dan mengafankan jenazah di hospital.

Menurutnya, waris tersebut haruslah sudah berstatus vaksinasi lengkap dan memakai peralatan pelindung diri (PPE) yang lengkap bagi membantu urusan berkenaan.

Bukan itu sahaja, KKM juga telah menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 di mana urusan memandikan serta mengafankan jenazah dibenarkan tetapi dengan amalan langkah berjaga-jaga.

The Malaysia Insight melaporkan, urusan itu akan dikendalikan oleh pihak pengendali jenazah yang terlatih dengan mengenakan pemakaian PPE yang lengkap dan bersesuaian serta mengelakkan sebarang aktiviti yang membolehkan berlakunya prosedur penjanaan aerosol (AGP).

Khairy juga mengatakan bahawa tiada had jumlah individu yang dibenarkan hadir ke upacara pengebumian, tetapi mereka perlulah memakai PPE.

“KKM juga tidak menetapkan jumlah individu yang hadir ke upacara itu, namun perlu memakai pelitup muka dan elakkan dari bersesak-sesak,” ujarnya.

Sebelum ini, akhbar Utusan pernah memaklumkan bahawa jenazah umat Islam yang meninggal dunia akibat COVID-19 tidak perlu dimandikan kerana dikhuatiri wabaknya itu akan tersebar dan menjangkiti orang lain.

Semua jenazah pesakit COVID-19 itu juga sebelum ini hanya dibalut dengan kain linen putih beserta dua lapisan beg mayat dan diuruskan dengan hanya melakukan tayammum di atas permukaan paling luar beg jenazah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: