Tempatan

0% Tarif Import, Penternak Tempatan Akan Hilang Perlindungan Jika CPTPP Terlaksana – PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 – Penternak, nelayan dan petani akan hilang perlindungan sekiranya Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) terlaksana yang mensyaratkan tarif import kosong peratus.

Menurut infografik yang dikongsikan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), CPTPP mensyaratkan tarif import kosong peratus untuk hampir keseluruhan produk makanan.

Syarat itu bukan sahaja akan mengakibatkan para petani mahupun penternak kehilangan perlindungan, ia juga akan menyebabkan produk pertanian tempatan terganggu oleh lambakan produk import.

BACA JUGA: RCI Buku Tommy Thomas Buang Duit, Tokoh Politik PH Bangkang

BACA JUGA: CPTPP: Masa Depan Sekuriti Makanan Bakal Terjejas

BACA JUGA: ‘Pulau’ Lucah & Berlebihan, Bekas Menteri Pelik Kerajaan Senyap

Infografik itu turut menyebut, pada tahun 2017 telah berlakunya lambakan import produk dari Filipina, India serta Vietnam sehingga menyebabkan harga pisang di pasaran menjunam dan mengakibatkan kemarahan petani tempatan.

Tarif import bukan sahaja menyumbang pendapatan kepada pihak Kerajaan, tetapi ia juga sebagai satu mekanisme bagi mengelakkan berlakunya lambakan import yang murah atau mungkin berkualiti rendah, jelas hantaran tersebut.

Koordinator bagi Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad berkata sekiranya sikap enggan mengambil peduli terhadap isu CPTPP ini diteruskan, ia akan menjejaskan masa depan sekuriti makanan negara apabila ia mula dikuasai oleh pihak lain.

Berikutan itu, satu memorandum akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim esok, pada jam 11.30 pagi bertempat di Bangunan Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: