Antarabangsa

Bunuh Tikus Di Rumah, Denda Hampir RM 1 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEPANYOL, 22 Februari 2023 – Perbuatan membunuh tikus di rumah akan menjadi sebuah kesalahan yang boleh didenda sehingga $53,400 ataupun RM1 juta di Sepanyol, jika bil undang-undang berkaitan kebajikan haiwan di negara tersebut diluluskan.

Perkara tersebut adalah sebahagian daripada bil undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen Sepanyol pada awal bulan ini dan ianya kini menunggu kelulusan muktamad oleh Senat negara tersebut.

BACA JUGA: Berniaga Tanpa Izin, Perniagaan Warga Asing Di Pasar Harian Selayang Digempur DBKL, MPS

Menurut bil undang-undang yang pada awalnya diperkenalkan oleh Menteri Hak Sosial Ione Belarra itu, selain daripada denda terhadap mereka yang didapati membunuh tikus di rumah, pemilik anjing betina juga bakal didenda jika anjing mereka bunting namun tidak didaftarkan sebagai pembiak.

BACA JUGA: Dakwa ‘Kerajaan Bakal Buang 800,000 Penjawat Awam’, SKMM Siasat Awesome TV

Selain itu, bil undang-undang yang sama juga akan membolehkan hubungan seks di antara manusia dengan haiwan dengan syarat haiwan tersebut tidak tercedera akibat perbuatan seks tersebut.

BACA JUGA: AWAS! Jabatan Kesihatan Labuan Larang Makan Hidupan Bercangkerang

Undang-Undang Kebajikan Haiwan tersebut juga akan melarang penjualan anak anjing dan anak kucing di kedai-kedai haiwan, larangan penyimpanan kucing dan anjing di tempat tertutup.

Bil undang-undang yang sama turut melarang penyimpanan beberapa jenis haiwan sebagai haiwan peliharaan seperti beberapa jenis labah-labah, kura-kura, cicak, ular dan beberapa jenis haiwan lain.

Namun bil tersebut tidak menyebut sama sekali mengenai laga lembu, di mana kerajaan Sepanyol percaya bahawa perbuatan tersebut perlu diuruskan dengan cara yang berbeza berikutan ianya terkait dengan budaya tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: