Tempatan

Bunuh Muslim Yang Murtad Adalah Berdasarkan Norma Empayar Islam – Mustafa Akyol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 16 April 2021 – Felo Senior di Cato Institute Center for Global Liberty and Prosperity, Mustafa Akyol mendakwa, pengharaman murtad sebenarnya diambil daripada norma empayar Islam, bukan berdasarkan ayat al-Qur’an.

Ini kerana Al-Qur’an, surah al-Baqarah ayat 256 hanya menyatakan, “Laa ikraha fiddin yang bermaksud, “Tiada paksaan dalam beragama”.

“Walaupun al-Qur’an menyatakan tiada paksaan dalam beragama, orang-orang Islam telah mendirikan sebuah empayar dan mereka menggunapakai norma-norma pada zaman tersebut. Dan kamu harus faham pengharaman ke atas murtad dan syirik membawa kepada pelanggaran hak asasi manusia dalam dunia Islam hari ini.”

Dakwanya lagi, penguatkuasa agama di Malaysia menggunakan hadis yang menyatakan, mereka yang murtad perlu dibunuh sebagai penjelasan bagi surah al-Baqarah, ayat 256 di mana pendekatan ini boleh dipertikaikan.

“Pengharaman terhadap murtad yang saya sebutkan adalah berasal daripada sebuah hadis. Hadis ini berbunyi: “Sesiapa yang meninggalkan agama, bunuh dia”. Dalam Sahih Bukhari. Itulah sebabnya penguatkuasa agama di Malaysia atau pihak berkuasa konservatif, mereka melihat kepada al-Qur’an dan berkata, “Laa ikraha fiddin; tiada paksaan dalam agama” tetapi ada sebuah hadis lain: “Sesiapa yang meninggalkan agama, bunuh dia”. Jadi, mereka ambil hadis tersebut sebagai punca kuasa yang sama dengan dengan punca kuasa dalam al-Qur’an yang mana saya fikir ia adalah cara yang salah.”

Oleh itu, Mustafa menegaskan, al-Qur’an secara jelas telah menyatakan, tiada paksaan dalam beragama. Agama adalah berdasarkan kebebasan, maka, Muslim boleh mempraktis agama mengikut kebebasan mereka dan bebas untuk menukar agama.

“Jadi, ini ialah ayat al-Qur’an yang saya petik: “Tiada paksaan dalam agama”. Apabila kamu mendengar kenyataan tersebut, ayat itu, “Tiada paksaan dalam agama”, kamu dapati, agama itu harus bertapak atas tiada paksaan, atau lain perkataan: kebebasan. Jadi, itu bermaksud sesiapa saja boleh menjadi seorang Muslim dan seorang Muslim mungkin secara bebasnya menukar agama, mungkin memeluk agama Kristian jika dia hilang kepercayaan terhadap Islam.”

“Juga, tiada paksaan dalam agama turut bermaksud, ketika kamu adalah seorang Muslim, amal ibadah kamu hendaklah tanpa paksaan kerana ia antara kamu dengan Tuhan. Ia berasaskan kebebasan. Jadi, kamu boleh faham ayat tersebut sedemikian.”

Kenyataan ini disuarakan Mustafa Akyol dalam sesi webinar “Freedom and Tolerance in Islam: Why We Need Some Rethinking”, anjuran G25 dan Edunity Foundation baru-baru ini.

Sesi webinar “Freedom and Tolerance in Islam: Why We Need Some Rethinking” menampilkan pakar undang-undang Perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Dr Hj Shad Saleem Faruqi sebagai moderator, Mustafa Akyol, Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS), Rozana Isa dan Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar sebagai barisan panelis.

Mustafa Akyol terkenal dengan penulisan kontroversi seperti membawa ke hadapan pemikiran-pemikiran yang mempertikaikan sumber cerita asal mengenai ibadah korban seperti yang dimuatkan di dalam New York Times

Beliau juga mencetuskan kontroversi di peringkat negara dan antarabangsa berikutan penahanannya pada tahun 2017 di KLIA selepas terlibat di dalam beberapa siri program dengan Islamic Renaissance Front (IRF) yang diketuai oleh Dr Ahmad Farouk Musa.

Bagaimanapun, beliau dilepaskan selepas beberapa siri tekanan dikenakan ke atas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam tempoh penahanannya.

Tindakan pantas JAWI dan PDRM ini disokong oleh NGO-NGO Islam seperti MUAFAKAT dan PERKASA di mana kedua-dua kumpulan menegaskan, kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan harus menyekat kemasukan penceramah-penceramah asing khasnya aliran liberalisme daripada memasuki negara dan tindakan tegas harus diambil terhadap badan-badan penganjur tempatan yang bersubahat menjemput mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: