Tempatan

Bumiputeraisme Seperti Piala Beracun — Mariam Mokhtar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2021 – Pendekatan kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri meneruskan agenda Bumiputera dalam Rancangan Malaysia Ke-12 menerima kritikan Mariam Mokhtar, kolumnis Free Malaysia Today yang menyifatkan konsep Bumiputeraisme sebagai piala yang beracun.

“Bumiputeraisme adalah serupa dengan piala yang beracun. Satu-satunya jalan untuk memulihkan kesan kerosakannya ialah dengan mengaku bahawa masalah itu ada dan melakukan sesuatu mengenainya,” tegas beliau.

“Adakah orang Melayu sedar yang Bumiputraisme buruk untuk mereka?” tempelak Mariam Mokhtar dalam artikelnya yang berjudul “10 reasons why Bumiputeraism is bad policy” yang disiarkan di Free Malaysia Today.

Beliau berkata, konsep Bumiputeraisme ini telah menghalang kaum lain yang lebih layak dan rajin mendapat tempat dalam institusi pendidikan. Oleh kerana itu, keharmonian antara kaum menjadi terhalang.

“Sebagai Bumiputera bermakna sebahagian tidak malu untuk membuli orang lain, melayan orang lain sebagai tidak setaraf; mengambil apa yang bukan milik mereka, mengharamkan orang lain dari tempat-tempat tertentu, dan menghalang sebahagian rakyat yang berkelayakan dan rajin dari mendapat tempat dalam institusi pendidikan.”

“Perbuatan-perbuatan ini adalah halangan kepada keharmonian antara kaum,” kata beliau.

Menurutnya lagi, negara kini menderita kerana menjadi Bumiputera juga membawa maksud seseorang itu tidak perlu membersihkan kotoran mereka sendiri.

Mariam Mokhtar menegaskan, “Sebagai seorang Bumiputera bermakna seseorang itu tidak perlu membersihkan kotoran mereka sendiri. Tuduhan korupsi di kalangan para menteri, pembantu mereka, kakitangan awam dan kroni senang-senang dilindungi.”

Beliau juga meluahkan kekesalannya, “Meskipun Dasar Ekonomi Baru gagal mencapai matlamatnya, tiada seorang pun elit politik termasuk beberapa ahli politik Melayu dari kalangan pembangkang cuba untuk menghapuskannya.”

“Kita telah menanggung beberapa skandal kewangan, tetapi sebahagian kecil diselesaikan secara memuaskan sedangkan yang bersalah masih lagi bebas ke mana-mana. Hasilnya, negara menderita.”

Luahan hati Mariam Mokhtar mendapat sokongan para pembaca dari kalangan bukan Bumiputera di ruangan komen Facebook.

Alfred Chew menyifatkan Bumiputeraisme ini menjadikan penerimanya seperti orang cacat kerana terpaksa bergantung kepada bantuan sepanjang masa.

“Bumiputeraisme adalah seperti bertongkat untuk berjalan dari mula bertatih sehingga dewasa. Kesemuanya adalah kemewahan yang disuapkan sehingga menjadikan mereka cacat akhirnya. Tanpa pemberian dari kerajaan ialah seperti orang cacat yang tiada tongkat.”

Wong Meng Yit pula menyindir golongan Bumiputera sebagai kononnya tidak tahu bekerja keras untuk mencapai kejayaan.

“Kesimpulan saya adalah adakah bumiputera tahu apakah itu kerja keras dan apakah perasaan bangga akan pencapaian sendiri?”

Kevin Chong menyamakan topik perbincangan mengenai hak istimewa kepada Bumiputera ini dengan penagihan dadah.

Kevin Chong berkata, “Ia tidak akan berlaku, mungkinkah penagih dadah sanggup berhenti dari dadah secara sukarela? Takkan berlaku.”

Leave a Reply

Back to top button