Tempatan

1.2 Juta Warga China Hilang Dalam Malaysia: KDN Diberi Tempoh Seminggu Jawab Surat – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Ogos 2023 – “MENTERI KDN ADA TEMPOH 7 HARI BEKERJA UNTUK RESPON SURAT RAKYAT BERKENAAN ISU KEHILANGAN 1.2 JUTA WARGA CHINA DALAM MALAYSIA!”

Ini tuntutan tegas dari Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari (CIJ).

BACA JUGA: Bimbang Kos Sara Hidup Naik, Rakyat Malaysia Hilang Harapan Terhadap Ekonomi Negara

BACA JUGA: Melaka Wujudkan Taskforce Tangani Konflik Haiwan Dan Manusia

BACA JUGA: Masjid Pinggir New Delhi Diserang Perusuh, Imam Maut

Semalam, beliau berjaya menyerahkan satu surat kepada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meminta penjelasan berkaitan kehilangan 1.2 juta warga China dalam Malaysia.

“Alhamdulillah, kita telah berjaya menyelesaikan misi pertama kita berkaitan pendedahan penjelasan kehilangan 1.2 juta warga China yang hilang dalam Malaysia menurut menurut laporan Ketua Audit 2018 siri ke-2.”

“Perkara ini telah berlaku, hilang, ketika 2018 hingga 2021. Jadi saya tunjukkan surat kepada menteri untuk meminta penjelasan sekitar jam 3 petang tadi. Alhamdulillah, hasil sokongan anda semua menyebabkan kita berjaya laksanakan misi pertama kita tentang isu keselamatan negara.”

Oleh itu, CIJ memohon kepada semua rakyat Malaysia, kita beri tempoh tujuh hari kepada pihak menteri untuk memberi respons kepada surat kita atau dia anggap kita ini sebagai sampah sahaja.

“Kita beri tujuh hari sahaja kepada menteri untuk respons surat berkaitan tuntutan penjelasan kehilangan 1.2 juta warga China dalam Malaysia,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: