Buli Di Hospital – Diugut Hantar Ke Sarawak
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KHAMIS, 19 Mei 2022 – Hijaz Ridzwan, seorang doktor berkongsikan pengalaman beliau dibuli oleh seorang doktor pakar ketika beliau bergelar doktor pelatih sehingga menerima ugutan untuk ditukarkan ke Sabah atau Sarawak.
“Saya akan gagalkan penilaian awak. Dan selepas panjangkan tempoh awak, saya akan pastikan awak gagal lagi. Dan saya akan cadangkan supaya awak ditukar ke Sabah Sarawak. Awak tunggu.”
Pada masa itu, dua pemanjangan tempoh di tempat yang sama, secara otomatik akan menyebabkan seseorang doktor pelatih ditukar hospital, jelas Hijaz Ridzwan.
Menurut perkongsian di Facebook beliau, ugutan itu berlaku berikutan seorang rakan sekerjanya terpaksa mengambil cuti kecemasan (EL) pada satu malam yang sangat sibuk kerana hospital menerima pelbagai kes.
Tambah Hijaz Ridzwan, tindakan mereka tidak kerja lebih masa dan menggantikan rakan kerja tersebut telah menyebabkan mereka dimaki, diherdik dan dipanggil nama-nama yang tidak baik oleh doktor pakar tersebut.
“Pada masa itu aku macam tak boleh brain argument dia. Manalah kami nak tahu yang dia nak emergency leave. Nama pun emergency leave. And kalau iya pun, tak mungkinlah boleh predict yang tiba-tiba wad akan huru hara malam itu. Of course tiga-tiga diam,” nukil Hijaz Ridzwan dalam laman Facebooknya.
Lebih malang lagi, beliau merupakan doktor pelatih di bawah jagaan kepada doktor pakar tersebut dan perkara tersebut mengganggu proses penilaiannya kerana doktor pakar tersebut membulinya dengan bertindak menghindari untuk membuat penilaian beliau.
“Memang mental torture. Aku siap kejar dia kat koridor ward merayu, please examine me!! Dia senyum sahaja lepas itu pergi macam itu sahaja. Selama tiga minggu, aku camping luar overtime tunggu dia habis, tapi dia buat jutsu ignore sahaja. Memang plan nak fail kan aku ‘sebab HO did not approach supervisor for assessment within the time allocated’.”
Berbaki tiga hari sebelum tamat penempatan, doktor pelatih tersebut masih belum dapat menyelesaikan penilaian beliau disebabkan keengganan doktor pakar tersebut membuat penilaian.
“Lagi 3 hari nak habis posting aku makin buntu. Logbook semua settle. Tapi masih belum end of posting assessment. Kebarangkalian untuk kena extend di neraka dunia makin menjadi realiti.”
Walau bagaimanapun, beliau bernasib baik kerana mendapat pertolongan dari seorang doktor pakar lain yang sudi melakukan penilaian terhadapnya.
“Walaupun dah hampir 10 tahun meninggalkan tempat itu, aku still ingat muka-muka yang mengherdik, menghina, membaling file, menyepak cardiac table, mengetuk kepala, dan macam-macam lagi (the list goes on and on and on). Forgive? Maybe. Forget? Never,” tegas Hijaz Ridzwan.