Bulan Kemerdekaan: Peniaga Diseru Kibarkan Jalur Gemilang Di Premis
KUANTAN, 28 Julai 2023 – Para peniaga di negeri ini diseru untuk mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing sebagai tanda cinta dan bangga terhadap tanah air tercinta, kata Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib.
Beliau yang berkata demikian selepas menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 Peringkat Negeri Pahang turut menasihatkan orang ramai khususnya rakyat Pahang agar menggantikan Jalur Gemilang yang rosak atau koyak kepada yang elok sebelum dikibarkan.
BACA JUGA: PRN: Dilarang Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan – CAAM
BACA JUGA: PRN: Beberapa Jalan Di Kuala Nerus, Kuala Terengganu Ditutup Sabtu Ini
BACA JUGA: KTM Perkenal Sistem Baharu, Jualan Tiket Setiap 30hb
Hal ini kerana, menurut beliau Jalur Gemilang merupakan bendera kebanggaan dan kemegahan negara yang perlu dikibar bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik khususnya pada bulan Ogos bersempena dengan bulan kemerdekaan.
“Kita hendak Bendera Malaysia yang lengkaplah, takdelah bendera yang lusuh atau pun separuh bendera.”
“Ini tidak melambangkan Jalur Gemilang yang kita boleh berkibar dengan bangganya, dengan megahnya, sekiranya Jalur Gemilang sendiri dalam keadaan tidak terurus, saya berharap orang ramai peka dan prihatin akan bendera kebanggaan kita,” jelasnya.