Tempatan

Wanita Lebih Terdedah Kepada ‘Long Covid’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Mac 2022 – Wanita didapati 58% lebih terdedah pada gejala ‘long COVID’ atau simptom pasca COVID-19 berbanding lelaki, ujar Profesor Dr Moy Foong Ming, Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Malaya.

Demikian hasil penyelidikan pasukan Universiti Malaya yang menjalankan kajian kesan jangka masa panjang dan pemulihan COVID-19. Mereka telah menjalankan tinjauan itu secara atas talian kepada 732 responden positif COVID-19 dalam komuniti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara dari Julai hingga September 2021.

Berdasarkan faktor genetik dan hormon, wanita mempunyai tindak balas imun yang lebih kuat daripada lelaki. Maka pengaktifan sel darah putih, penghasilan antibodi dan penanda keradangan bagi kaum wanita lebih kuat berbanding lelaki.

Walaupun keadaan ini dilihat sebagai kelebihan yang melindungi pesakit dari gejala teruk dan kematian akibat COVID-19, ia juga merupakan pedang bermata dua di mana ia boleh mewujudkan gejala keradangan autoimun (AI) dalam ‘long COVID’ seperti loya, sakit kepala, ruam.

Dr Zubaidi Hj Ahmad, seorang pegawai perubatan menyatakan di laman Facebooknya bahawa penyakit AI merupakan penyakit di mana sistem imun seseorang menyerang sel atau tisu badannya sendiri. Ia terjadi akibat kegagalan sistem itu mengenal pasti sel atau tisu badan dan menganggap sel tersebut sebagai sel asing.

Tambahan pula, didapati satu daripada lima responden positif COVID-19 mengalami gejala ‘long COVID’ dengan kombinasi berbeza. Antaranya ialah keletihan, kabus otak, sesak nafas, batuk, sakit sendi atau otot dan beberapa gejala yang menjadi teruk selepas aktiviti fizikal.

Menurut Dr Moy, pesakit COVID-19 bergejala sederhana dan teruk berisiko 3 hingga 3.6 kali ganda untuk mengalami ‘long COVID’ berbanding mereka yang tidak bergejala. Namun demikian, mereka yang bergejala ringan atau tidak bergejala masih boleh mengalami ‘long COVID’.

Gejala-gejala ini mungkin disebabkan jangkitan virus secara langsung atau juga beberapa faktor melibatkan sistem imun badan seperti autoimun dan sistem imun yang hiperaktif.

Hal ini wujud akibat daripada tindak balas sistem imun badan terhadap virus COVID-19 yang meransang pengeluaran ‘cytokine’ dan pengantara keradangan (inflammatory mediators) dengan kepekatan lebih tinggi ditemui pada pesakit COVID-19 bergejala teruk.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: