Tempatan

ATM Sedia Hadapi Musim Tengkujuh – MINDEF

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Oktober 2023 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghadapi banjir akibat cuaca monsun yang dijangka melanda bermula November hingga Disember tahun ini.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkata, pihaknya sudah bersiap siaga menerusi Operasi Murni (OpMurni) untuk menyertai agensi awam lain membantu di kawasan terkesan banjir.

“ATM sentiasa bersedia melaksanakan tugas sekunder untuk bersama agensi awam lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Bombadan Penyelamat (JBPM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan yang lain.”

“Kerjasama juga meliputi aspek perancangan dan koordinasi tindakan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diwujudkan di setiap daerah bagi memastikan segala bentuk bantuan dan operasi berjalan lancar.”

Menurut kenyataan itu, ATM melalui markas formasi di seluruh negara bersedia mengatur gerak anggota dan asetnya khususnya di kawasan berisiko tinggi dan sering dilanda bencana alam akibat fenomena musim tengkujuh.

“Persiapan merangkumi kekuatan anggota dan aset ATM yang mencukupi serta boleh digerakkan dalam masa singkatdan pada bila-bila masa diperlukan.”

Tambahnya lagi, ATM akan terus memberi tumpuan operasi banjir di kawasan terjejas merangkumi tiga fasa utama atur gerak Op Murni iaitu pra-atur gerak banjir (sebelum), semasa banjir dan pasca banjir (selepas).

“Demi menjaga kesejahteraan masyarakat dan rakyat, MINDEF dan ATM akan tetap bersama dan sentiasa bersedia menghulurkan khidmat bakti.”

“Pelaksanaan perancangan khususnya operasi pasca banjir di negeri terlibat akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai operasi berkaitan dari masa ke semasa juga akandilakukan,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: