Tempatan

Hina Pemangku Raja Pahang, Majlis Belia Negeri Pahang Buat Laporan Polis Terhadap Pengguna Twitter

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 29 Jun 2021 – Satu laporan polis telah dibuat oleh Majlis Belia Negeri Pahang terhadap seorang pengguna akaun Twitter yang menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Kuantan (IPD Kuantan) terhadap @imnsfeaz.

“Majlis Belia Negeri Pahang telah membuat laporan polis atas penama akaun twitter @imnsfeaz yang secara jelas menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang,” kata Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Encik Nor Aliff Bin Haji Yaakob.

“Majlis Belia Negeri Pahang mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk penghinaan kepada Institusi Beraja.”

Turut serta membuat laporan adalah Encik Azdri Bahtiar (Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuantan) Encik Chong Jung Seng (Pengerusi YMM Pahang) dan Encik Mohd Norfirdaus (Exco Gerakan Belia 4B Pahang).

@imnsfeaz memuat naik satu ciapan mengandungi wajah Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan kapsyen: “siapa nak duduk bawah ni meh abe henjut sampai cum.”

IMG_20210629_150541.jpg?resize=300%2C285&is-pending-load=1#038;ssl=1

Ciapan itu kemudiannya telah dipadam oleh Twitter kerana melanggar peraturan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: