Tempatan

Bukan Melayu Malaysia Hidup Seperti Orang Di Negara Asal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 10 April 2023 – “Tidak ada bangsa yang lebih baik daripada Melayu apabila membenarkan bukan Melayu hidup seperti orang negara asal tanpa langsung diasimilasikan.”

“Bukan Melayu kekal lebih Cina daripada China dan lebih India daripada negara India.”

“Contoh, orang Cina ada Kampung Cina dan bandar Cina (China Town). Bukan sedikit, banyak. Begitu juga India, ada Little India. Pergi ke Kelang, Brickfield dan lain-lain. Mahu apa lagi.”

Ini kenyataan dari Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengulas isu yang menyatakan kelompok bukan Melayu tidak diraikan.

BACA JUGA: Hampir 10 Ribu Anak Luar Nikah, Anak Angkat Tunggu Status Warganegara

BACA JUGA: HATI-HATI! Pakar Beri Amaran Malaysia Bakal Dilanda Gempa Besar

BACA JUGA: Guna Gelaran Dato’ Sri Negeri Pahang Tidak Diiktiraf, Dua Lelaki Ditangkap

Tegas beliau, bukan Melayu di Malaysia bukan sahaja tidak diasimilasikan, malah dibenarkan membuka dan bersekolah menggunakan bahasa ibunda, walaupun Perlembagaan tidak membenarkan.

“Apa yang bukan Melayu Cina, India dan Kristian tidak dapat di sini? Patung-patung yang besar-besar dan tinggi-tinggi, begitu juga gereja, mendapat peruntukan juga daripada Kerajaan, meskipun tidak layak dibantu dalam konteks Perlembagaan. Namun, Kerajaan bantu juga.”

Kata Profesor Dr Ridhuan Tee lagi, jika dibandingkan, masjid surau termasuk di sekolah ada hanya 50 ribu, sedangkan rumah ibadat bukan Islam, kuil, tokong dan gereja ada 500 ribu buah kecil besar. Sepuluh kali ganda meskipun Islam agama persekutuan.

“Inilah yang dimaksudkan tidak diraikan? Dinafikan haknya?” soal beliau.

Dalam masa sama, beliau turut menegur pemimpin Melayu di negara ini yang dilihat seperti buta mata hati.

“Kenapa semua pemimpin Melayu ini buta mata hatinya?”

Mengakhiri kenyataan, beliau berkata, “Negara ini sudah nampak langsung tidak menggambar identiti Melayu Bumiputera dan Islam. Sedangkan asal-usulnya adalah datang daripada Kepulauan Melayu (Malay Archipelago). Sedangkan di India dan China, ia terus mekar dengan keindiaan dan kechinaannya.”

“Jangan hanya kerana politik, kita gadaikan semua,” tegas Profesor Dr Ridhuan Tee.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: