Antarabangsa

Perang Israel-Gaza Akan Berlanjutan Hingga 2025 – Netanyahu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEER AL-SABE, 18 Januari 2024 – Perang pengeboman Israel ke atas Gaza dijangka berlanjutan hingga 2025, ujar Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu.

Menurut sumber, Netanyahu mendedahkan perkara tersebut selepas bersetuju menyemak semula rangka kerja Kementerian Pertahanannya yang menyediakan bantuan kewangan kepada penceroboh Israel yang bersedia dipindahkan dari kawasan sempadan Gaza.

Bagaimanapun, dimaklumkan, kebanyakan penduduk haram enggan berpindah kerana bimbang atas faktor keselamatan mereka di tengah-tengah perang yang berlaku ketika ini.

Terdahulu, Zionis Israel telah melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober. Ia mengakibatkan pembunuhan 24,448 syuhada dan 61,504 mangsa yang cedera.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga melaporkan, sebanyak 85 peratus rakyat Gaza terpaksa berpindah meskipun berhadapan risiko besar kekurangan makanan, sumber air bersih dan ubat-ubatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: