Tempatan

Bukan Cakap Kosong, Rakyat Malaysia Betul-Betul Boikot!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 November 2023 – “Memang nampak kali ini orang kita betul-betul boikot. Mereka tak cakap saja, tapi berjaya buktikan. Bukan saja pelanggan berkurang masuk ke restoran, tapi pesanan dalam talian pun sama.”

“Bukan saja di restoran tempat saya ini, tapi hampir di kebanyakan tempat. Kalau di kawasan bandar pun orang boikot apatah lagi di luar bandar.”

Luah seorang rider restoran makanan segera kepada akhbar tempatan mengenai kekerapan pesanan makanan dalam talian yang kini turun mendadak ekoran kempen boikot terhadap produk Zionis Israel.

Seorang rider lain yang dikenali sebagai Aimar Haikal Khasnan pula meluahkan kebimbangannya ekoran pesanan makanan segera dan kopi terkenal yang dikaitkan dengan pendudukan Zionis Israel yang semakin berkurangan.

Menurutnya, “Kali ini orang memang boikot sungguh-sungguh.”

“Saya dah tak dapat pesanan membabitkan kopi terkenal itu sejak minggu lalu. Kalau sebelum ini, dalam sehari memang ada. Ini sudah masuk minggu kedua memang tak ada langsung. Di kedai pun kadang saya tengok kosong, tidak ada pelanggan.”

Tambah Aimar, pesanan di restoran makanan segera juga tidak seperti kebiasaan.

“Contohnya, macam dulu, setiap pagi pesanan untuk menu sarapan sentiasa ada dan banyak, sekarang jarang. Memang ketara pengurangan itu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: