Tempatan

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Sekitar Perairan Negara Hingga 28 Julai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara hingga Jumaat depan.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, Amaran Kategori Kedua melibatkan kejadian angin kencang barat berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter (m), dikeluarkan di kawasan perairan Phuket.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.”

BACA JUGA: Sokong Eksport RE Ke Negara Jiran, Malaysia Bakal Perkenal Pertukaran Negara

BACA JUGA: Kementerian Sedang Teliti Cadangan Pelaksanaan Cukai Karbon

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Berjaya Tangkap 6 Individu Terlibat Perlombongan Mineral Haram

Selain itu, Amaran Kategori Pertama melibatkan fenomena angin kencang berkelajuan 40 hingga 50kmj dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, timur laut Samui, utara Condore, utara Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Palawan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini pula adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dalam pada itu, Amaran Kategori Pertama turut dikeluarkan bagi kawasan Sabah Barat dan Labuan sehingga 22 Julai ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: