Antarabangsa

‘Buddha Yang Dinantikan’ Dapatkan Kepercayaan Ibu Bapa Sebelum Cabul Anak

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BRIGHTON, England, 26 September 2022 – ‘Buddha Yang Dinantikan’ (Buddha Maitreya), Koji Takeuchi, 80, mendapatkan kepercayaan ibu bapa yang datang bersama anak perempuan mereka bagi sesi meditasi sebelum bertindak mencabul kanak-kanak tersebut.

“Takeuchi menggunakan kedudukannya sebagai seorang sami untuk mendekatkan dirinya dengan keluarga mangsa dengan menggunakan sesi meditasi sebagai jalan untuk mengantun seksual kanak-kanak tersebut,” dedah Detektif Konstabel Stewart Cameron dari Unit Penyiasatan Brighton.

Sejak dari itu, sami tersebut secara sistematik akan mendera mangsa yang ketika itu berusia 3 tahun secara seksual demi memenuhi nafsunya.

“Dia membuat mangsa percaya bahawa mereka adalah teman wanita dan teman lelaki dan bahawa ini adalah rahsia mereka, sehingga Takeuchi secara tiba-tiba memutuskan hubungan itu,” kata Stewart lagi.

Kejadian itu berlaku antara tahun 1975 dan 1981. Pada tahun 2018, barulah mangsa memberanikan diri mendedahkan perkara tersebut kepada ahli keluarganya.

Berikutan itu, ‘Buddha Yang Dinantikan’ yang dinantikan itu dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun bermula pada tahun 2020.

Baru-baru ini pula, sami itu sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun selepas didapati bersalah mencabul dua orang kanak-kanak perempuan di rumah setiap seorang dari mereka antara tahun 1972 hingga 1987.

“Anda menggunakan jubah sami anda, status anda sebagai seorang sami, peranan dan kuasa anda untuk mendapatkan apa yang anda inginkan,” kata mangsa kepada Takeuchi di dalam mahkamah.

“Saya tidak boleh memaafkan bahawa anda mendakwa sebagai seorang sami Buddha apabila anda menentang segala-galanya yang dipegang oleh agama Buddha,” katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button