Tempatan

Kartel Pengeluar Didakwa Bekal Dedak Ayam Berisiko Kanser

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2022 – Syarikat gergasi pengeluar makanan ayam negara ini didakwa membekalkan dedak tidak berkualiti kepada penternak kontrak yang kandungannya dipercayai boleh menjejaskan kesihatan sehingga berisiko menyebabkan penyakit kanser.

“Terbaharu, ada kajian daripada penyelidik mewakili sebuah persatuan penternak ayam menunjukkan kadar toksik dalam dedak itu yang lama-kelamaan boleh menyebabkan kanser kepada orang yang makan ayam,” jelas sumber kepada sebuah portal tempatan.

Menurut sumber, kandungan dedak itu bertujuan membantutkan tumbesaran ternakan untuk menjimatkan kos pengeluaran tetapi pada masa yang sama terdapat beberapa bahan dalam penghasilan dedak tersebut berpotensi memberi kesan kepada kesihatan pengguna termasuk kemungkinan kanser.

Dalam pada itu, mengukuhkan lagi dakwaan adalah kenyataan daripada satu sumber yang terlibat menjalankan kajian terhadap isi kandungan makanan ayam memberitahu, punca makanan ayam mendorong kanser kerana kandungan sisa jagung dan soya kitar semula yang digunakan sebagai ramuan makanan ternakan itu.

“Sekarang, harga soya dan jagung bijirin mencanak naik hampir sekali ganda. Jadi, pengilang makanan ayam terpaksa kurangkan kos. Caranya, mereka menggunakan hampas jagung dan soya kitar semula saja.”

“Seperti semua sedia maklum, bahan makanan kitar semula ini, misalnya minyak masak, memang mendedahkan manusia kepada pelbagai masalah kesihatan terutama kanser,” jelas sumber tersebut.

Selain itu, sumber juga memaklumkan bahawa kartel pengeluar boleh meletakkan apa sahaja ramuan di dalam dedak ayam kerana tiada akta yang mengawal pengeluar dedak ayam di Malaysia untuk mengeluarkan produknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: