Tempatan

Buaya Mengganas Di Sabah, Baham Kanak-Kanak, Rakyat Tuntut Jawapan DUN

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LAHAD DATU, 02 Disember 2022 – “Sangat mengejutkan, frekuensi serangan buaya di Lahad Datu semakin meningkat dan seperti tidak terkawal. Ini hasil pencarian kami berita-berita di media yang dilaporkan, belum kira yang tidak dilaporkan. Menakutkan!”

“Sepanjang Sidang Dun 4 hari ini, permasalahan mengenai masalah buaya di Lahad Datu tidak disentuh! Mana suara YB? Apapun, orang-orang LD, jauhi persisiran sungai dan pantai!”

Ini merupakan suara-suara rakyat kepada barisan menteri dan Ahli Parlimen di Sabah melibatkan isu serangan buaya terhadap penduduk di sana.

Kerisauan dan kegusaran ini semakin bertambah selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun dibaham buaya ketika mendayung sampan bersama bapanya di perairan Pangkalan Marin, di Lahad Datu, semalam di mana video serangaan itu tular di media sosial.

Menurut tinjauan samudera di media sosial, rakyat Sabah berharap agar pihak menteri dan pihak berwajib mengambil tindakan yang sepatutnya agar tragedi ngeri ini tidak lagi berulang.

“Terlampau banyak populasi buaya di Sabah..dah boleh keluarkan lesen untuk pemburuan bagi mengawal populasi itu spesis..” kata seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi pengguna Facebook pula berkata, “Bagus belajar dari negara-negara lain. Kalau macam di USA, ada musim untuk buru buaya, lepas tu buaya yang selected size saja boleh buru. Sangat bagus untuk kawal populasi buaya.”

Semalam, pengguna media sosial digemparkan dengan video tular memaparkan seorang kanak-kanak kecil diserang dan dibaham buaya, manakala ayah mangsa pula cedera parah di kepala dan badannya selepas diserang reptilia berkenaan ketika cuba menyelamatkan anaknya.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid, “Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu menaiki ambulan untuk menerima rawatan susulan.”

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia setahun itu pula ditangguhkan pada pukul 5 petang semalam dan disambung hari ini, kata Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: