Tempatan

Buat Pemutihan MARA, Terlalu Banyak Orang Politik – SUA PERKASA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 08 Februari 2022- “PERKASA amat terkejut bila terbaca pendedahan oleh Sinar Harian bila dapati begitu banyak orang politik dari satu parti menguasai anak-anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA),” ujar Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali.

Menurutnya, lebih mengejutkan apabila pengarah bebas dalam setiap anak syarikat bukan sahaja hanya ada seorang bahkan ada anak syarikat tanpa seorang pun pengarah bebas.

BACA: Puting Beliung Diramal Bakal Melanggar Selangor, Perak Dan Lain-Lain – Pengarah Kanan METMalaysia

BACA: Sekolah Cina Tolak Ribuan Guru BM Kementerian, Lantik Walk in Bangsa Cina

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Ini sangat bertentangan dengan Buku Panduan Tadbir Urus Korporat Syarikat MARA yang menerima pakai Malaysian Code of Corporate Governance (MCCG) yang secara jelas menetapkan komposisi pengarah bebas di dalam syarikat perlu sekurang-kurangnya 1/3 daripada keseluruhan ahli lembaga.

“Sendiri buat peraturan, sendiri pula yang langgar,”ujarnya.

Justeru, sudah sampai masanya kerajaan menetapkan semua anak syarikat kerajaan atau agensi wajar ada 40 peratus ke 50 peratus pengarah syarikat bebas.

“Jika 10 orang Ahli Lembaga Pengarah, 4 pengarah bebas, 3 dari syarikat induk, 2 dari parti memerintah dan 1 dari parti pembangkang.”

“Pastinya perjalanan anak-anak syarikat kerajaan berjalan lebih baik,”katanya.

Ujar beliau, mereka yang akan dilantik sebagai Pengarah Bebas mestilah calon yang benar-benar layak dengan kelulusan dalam bidang selari dengan perniagaan syarikat.

Mereka tidak berpihak dan benar-benar bebas tidak takut untuk membantah mahupun bersetuju serta memberi pandangan-pandangan yang benar-benar menguntungkan syarikat.

Begitu juga dari parti politik, hendaklah mereka yang benar-benar layak sahaja dilantik.

Mereka ini lebih kepada memantau perjalanan syarikat, tidak lari dari apa tujuan anak syarikat itu diwujudkan secara tersirat.

Justeru, PERKASA menggesa kerajaan membuat pemutihan terhadap semua anak-anak syarikat kerajaan dan agensi agar Ahli Lembaga Pengarah syarikat-syarikat kerajaan yang tidak seimbang anggotanya, sehingga terlihat ianya bukan anak syarikat kerajaan tetapi lebih kepada anak syarikat parti itu dapat diperbetulkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: