Antarabangsa

Buat ‘Konten’ Makan Babi Baca Bismillah, Pempengaruh Media Sosial Indonesia Ditahan Polis

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 11 Julai 2023 – Seorang pempengaruh, Lina Mukherjee ditahan pihak berkuasa semalam selepas didakwa mempersendakan agama apabila memuat naik ‘konten’ makan keropok babi dengan membaca Bismillah.

Lapor sebuah portal berita Indonesia, Lina ditahan selama 20 hari bermula 10 hingga 29 Julai 2023.

“Hari ini, Isnin (10/7/2023), Lina Mukherjee ditahan dengan rasmi di Lapas Wanita Merdeka selama 20 hari,” kata Ketua Penyiasat, Pejabat Pendakwa Raya Sumatera Selatan, Fandi Hasibuan.

BACA JUGA: Malaysia Catat Tahap Membimbangkan, Lebih Sejuta Rakyat Terjerumus Dadah

BACA JUGA: Ribuan Berhimpun Bantah Pembakaran Al-Quran Di Sweden

BACA JUGA: YDP Agong Titah Rakyat Berhati-Hati Pilih Lokasi Riadah

Menurutnya, kes tersebut akan dipindahkan ke Mahkamah Negeri Palembang dalam masa terdekat.

Kata beliau lagi, Lina juga tidak tidak memohon sebarang penangguhan berikutan surat waran sudah pun dikeluarkan oleh Penjara Wanita Palembang semalam.

“Tertuduh bersama pembantunya memuat naik di media sosial “Yuk Cobain Kriuk Babi” sambil mengucapkan bismillah kemudian merakam lalu memuat naik di TikTok, YouTube dan Facebook,” jelasnya.

Terdahulu, Lina Mukherjee didakwa menghina Islam selepas videonya memakan kulit babi sambil membaca Bismillah tular.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: