Tempatan

Buang Masa Kaji Kebolehlaksanaan Kerja Empat Hari Seminggu- CUEPACS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Julai 2022 – Langkah mengkaji kebolehlaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu adalah membuang masa, merugikan dan tidak relevan.

Demikian kenyataan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat mengenai keputusan Kerajaan untuk mengkaji sistem bekerja empat hari seminggu di negara ini.

Lapor Utusan Malaysia, beliau berkata, Kerajaan sepatutnya menitikberatkan perkara yang memberi manfaat kepada pekerja, khususnya berkaitan kebajikan kakitangan awam berbanding kajian yang dilakukan itu.

“Lebih baik beri fokus pada kebajikan penjawat awam seperti keperitan hidup dengan harga barang semakin meningkat dan kelulusan yang dibuat oleh Kerajaan seperti gantian cuti rehat (GCR) yang boleh ditebus 80 hari. Sehingga kini belum dilaksanakan, sekadar isi borang namun tidak ada bayaran dibuat,” jelas beliau.

Beliau turut mengharapkan agar pekerja sektor awam tidak dimomokkan dengan kajian tersebut sekaligus kekal fokus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Laksanakan apa yang telah diluluskan kerana ia juga sebahagian bentuk kebajikan supaya penjawat awam terus memberi perkhidmatan terbaik,” katanya.

Sebelum ini, Samudera.my melaporkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu di Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: