Tempatan

Buang Islam Sebagai Agama Rasmi – Sarajun Hoda

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 26 April 2021 – “Buang Islam sebagai agama rasmi,” tulis mantan Timbalan Pengerusi BERSIH, Sarajun Hoda Abdul Hassan di dalam Facebooknya tentang bagaimana untuk menjadi lima negara teratas dalam indeks Islamcity.

Buang Islam sebagai agama rasmi merupakan senarai pertama di antara sembilan perkara yang disenaraikan olehnya.

“Bagaimana mahu menjadi antara 5 negara teratas dalam masa 10 tahun? Bagi saya, kita perlu mengambil petunjuk dari negara-negara teratas dalam indeks Islamcity.”

Senarai itu kemudiannya diikuti dengan cadangan agar JAKIM ditutup.

“Tutup JAKIM – biar Negeri mengambil alih sepenuhnya sekolah-sekolah pondok – mereka tidak dapat berkhidmat kepada negara dan Mahkamah-Mahkamah Shariah – Mahkamah-Mahkamah Sivil boleh menguruskan semua kes.”

Seterusnya, aktivis sosial itu juga mahu agama dibuang daripada urusan kerajaan dan sekolah-sekolah, hentikan pengawasan akhlak, paksa sekolah-sekolah agama cemerlang dalam subjek-subjek Matematik, Sains, larang semua parti politik berdasarkan bangsa dan agama, hukum semua kesalahan rasuah di bawah sistem keadilan yang pantas, beri ganjaran hanya kepada meritokrasi dan yang kesembilan, jadikan semua ustaz mencari pekerjaan sebenar.

“2 tahun kemudian…kita akan menjadi antara 5 yang teratas dalam indeks,” dakwa penerima Pingat Kelakuan Terpuji Pulau Pinang (P.K.T.) itu.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button