Pendapat

Buang Islam Agama Rasmi? Sarajun Hoda Perlu Dibetulkan – Ustaz Yunan A. Samad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Saya terpanggil untuk mengulas seruan jahil Sarajun Hoda yang meminta dibuang Islam sebagai agama rasmi negara kita.

Soalan saya kepada Sarajun Hoda, sejak bila Islam menjadi agama rasmi negara? Buktikan kepada saya dan rakyat Malaysia yang agama Islam adalah agama rasmi? Atau beliau sendiri tidak pernah membaca Perlembagaan negara?

Hakikatnya, Islam bukan agama rasmi atau tidak rasmi malah, Islam adalah agama bagi Persekutuan bukan agama rasmi seperti yang difahami beliau.

Oleh kerana beliau sendiri jahil tentang Perlembagaan, eloklah beliau muhasabah diri terhadap sikapnya yang gagal memahami ajaran Islam yg hakikatnya membawa kemajuan material dan spiritual.

Sedarilah Islam itu paling tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam.

Semoga kita menginsafi tentang pentingnya agama Islam yang bakal menyelamatkan kita bukan sahaja di dunia malah di akhirat nanti.

Insaflah Sarajun Hoda. Semoga hidayah akan menziarahimu suatu hari nanti. Ameen

Ustaz Yunan A Samad merupakan Timbalan Pengerusi ISLAMI Pahang

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: