Tempatan

Buang Dekorasi Al-Quran, Pelaku Boleh Didenda RM100 Ribu, Dipenjara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 31 Disember 2022 – Pelaku yang membuang dekorasi dinding ayat suci al-Quran boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan didenda sehingga RM100,000 jika sabit kesalahan.

Demikian jelas Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Siti Yusnita Mohamad Yusof mengenai kejadian di Jalan P/AM 2 Kawasan Perindustrian Arab Malaysia, Nilai awal minggu ini.

Katanya, jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda minimum RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Hukuman itu dikenakan mengikut Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007) sekiranya pembuangan sampah berlaku di tempat tidak sepatutnya.

Bukan itu sahaja, pelaku yang membuang perhiasan mengandungi ayat al-Quran juga boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Terdahulu, penguat kuasa SWCorp menemui longgokan pelbagai perhiasan dekorasi berasaskan ayat suci al-Quran di tapak pembuangan sampah haram dekat Jalan P/AM 2 Kawasan Perindustrian Arab Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: