Tempatan

Jawatankuasa Bersama Peringkat Tertinggi Platform Utama Selesai Isu MA63

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KOTA KINABALU, 10 Disember 2022 – Jawatankuasa bersama peringkat tertinggi berhubung Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu-satunya platform untuk menyelesaikan hak negeri-negeri Borneo.

Menurut bekas menteri yang menjaga Sabah dan Sarawak, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, penyelesaian isu yang tertunggak bakal menghadapi kesukaran tanpa penglibatan jawatankuasa bersama.

Beliau berkata, antara isu utama yang masih tertunggak ialah pembayaran balik 40 peratus hasil yang dikutip dari Sabah, semakan dan pembayaran balik geran tertunggak di bawah Perkara 112D Perlembagaan, pemulihan hak asal mahkamah Borneo dan isu dasar laut serta semakan semula royalti minyak tahunan 5 peratus untuk kedua-dua negeri.

“Semua perkara ini hanya boleh diselesaikan melalui jawatankuasa bersama melibatkan Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak serta kementerian persekutuan berkaitan,” ujar beliau.

“Penyelesaian hak MA63 tidak boleh diteruskan tanpa jawatankuasa untuk menyelesaikan kepentingan dan sikap mementingkan diri kementerian kerana tanpa jawatankuasa, para menteri akan mahu melindungi kawasan mereka dan mengelak dari kehilangan kuasa.”

“Hak-hak ini hanya boleh diselesaikan dengan menghimpunkan ketua-ketua daripada mereka yang terlibat dalam pelaksanaan jentera, lebih-lebih lagi perkara sebegini melibatkan soal undang-undang, dasar dan pelaksanaan,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan kepada pemimpin Sabah bahawa beliau lebih memilih untuk melaksanakan secara langsung berhubung isu tertunggak MA63 berbanding memanjangkannya dengan jawatankuasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: