Antarabangsa

Rusia Lanjut Misi Ke Bulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 13 Ogos 2023 – Rusia telah melancarkan misi penghantaran pertama mereka ke bulan pada hari Jumaat, yang mana kali terakhir mereka melakukan perkara tersebut adalah pada 50 tahun lalu.

Sebuah misi khas telah dilancarkan untuk memberikan nafas baru bagi sektor angkasa negara tersebut yang sebelum ini telah berhadapan dengan pelbagai cabaran selama beberapa tahun dan telah diketepikan berikutan konflik di Ukraine.

Pelancaran Luna-25 itu adalah merupakan misi ke bulan yang telah lama ditinggalkan Rusia sejak 1976, di mana sewaktu itu USSR adalah merupakan pihak terawal yang menjalankan penjelajahan angkasa.

BACA JUGA: Orang Luar Tabii Berhukum, PM Tak Akan Tolak Ansur – PMX

BACA JUGA: Suspek Jual Darjah Kebesaran Pahang Secara ‘Online’ Telah Dikenal Pasti – Polis

BACA JUGA: Penyakit Kulit Berketul (LSD): Malaysia Sekat Import Lembu Dari Australia

Roket yang membawa Luna-25 itu telah dilancarkan pada jam 2.10 pagi waktu Moscow, daripada Vostochny Cosmodrome sebagaimana yang telah disiarkan oleh sebuah agensi angkasa Rusia, Roscosmos.

Kapal angkasa tersebut dijangkakan akan sampai ke orbit bulan dalam masa lima hari. Ia kemudiannya akan memerlukan di antara tiga ke tujuh hari untuk memilih lokasi yang tepat sebelum mendarat di kawasan kutub Selatan bulan.

Menerusi temu bual terkini seorang pegawai tinggi Roscosmos, Alexander Blokhin menyatakan bahawa beliau menjangkakan bahawa prob angkasa tersebut akan mendarat di bulan pada 21 Ogos ini.

Pesawat tersebut akan kekal di bulan selama setahun dan akan menjalankan beberapa tugas seperti mengambil sampel serta membuat analisa terhadap tanah di bulan dan juga menjalankan beberapa siri kajian saintifik, sebagaimana yang dinyatakan oleh agensi angkasa Rusia itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: