Tempatan

British Gagal Jalankan Tanggungjawab Pertahan Tanah Melayu Daripada Serangan Jepun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Februari 2023 – Puan Miti Fateema Sherzeella Mohd Yusoff, Kurator Kanan, Jabatan Muzium Malaysia mendedahkan bahawa British gagal menunaikan janji mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.

“Dalam setiap perjanjian Negeri-Negeri Melayu bersama British, kita tengok Perjanjian Pangkor, Perjanjian Pahang dan kita tengok yang terakhir sekali adalah Terengganu, kesemua mereka meletakkan satu syarat yang paling utama yang boleh saya kata, historically, data yang terdapat dalam perjanjian itu yang paling utama adalah negeri-negeri itu tidak boleh melaksanakan sebarang hubungan diplomatik dengan kuasa lain selain daripada British.”

“Satu yang similar untuk perjanjian ini adalah janji British untuk menjaga negeri-negeri yang menandatangani perjanjian dengan mereka. British berjanji dengan negeri-negeri ini menjaga mereka daripada ancaman kuasa luar,” kata Puan Miti dalam sebuah sesi atas talian bertajuk “Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948” pada 1 Februari 2023.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Puan Miti berkata, maksudnya salah satu perjanjian yang terkandung dalam triti kebanyakannya adalah British akan menjaga keamanan ataupun menjaga keselamatan Negeri-Negeri Melayu daripada serangan kuasa asing dan terbukti British gagal untuk mengotakan perjanjian.

Malah apabila Jepun berjaya menakluki Tanah Melayu, dan British menyerah kalah, Jepun sempat memerintah.

“Jadi itu menunjukkan bahawa sebenarnya, dari satu sudut sebenarnya British tak lah kuat mana pun,” kata beliau.

Namun, wirawan negara, Leftenan Adnan Saidi daripada Rejimen Askar Melayu yang gugur mempertahankan tanah air daripada tentera Jepun sehinggakan beliau syahid pada 14 Februari 1942. Keberanian dan perjuangan tidak berbelah bagi kepada nusa dan bangsa harus dikenang kita semua rakyat Malaysia yang mewarisi negara yang aman dan makmur.

Bukan itu sahaja, harus diingat juga bahawa penubuhan Rejimen Askar Melayu adalah hasil titik peluh para Raja-Raja dan pembesar-pembesar Melayu yang mahukan nasib anak tempatan dibela dan berbakti kepada tanah kelahiran sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: