Antarabangsa

Britain Mungkin Beri Dos Penggalak Kelima

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 24 Mac 2022 – Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid memberi gambaran bahawa dos kelima mungkin akan diberikan dalam tempoh terdekat.

“Mungkin ada (dos penggalak kelima) terutamanya untuk penduduk yang berusia 50 tahun ke atas.”

“Namun, perkara itu masih terlalu awal untuk diputuskan dan kita akan menelitinya sebaik mungkin,” katanya seperti yang dilaporkan Daily Mail.

Menurutnya, sekiranya ditawarkan satu lagi dos suntikan pada musim luruh ini, maka ia bakal menjadi dos kelima buat mereka.

“Ada satu jawatankuasa, ia dipanggil Joint Committee on Vaccination and Immunisation (JCVI) dan kami mendengar dengan teliti apa yang mereka katakan.”

“Mereka melihat data itu dengan sangat teliti dan nasihat terbaharu mereka, seperti yang anda katakan ialah perlu adanya suntikan penggalak kedua atau kita panggil dos yang keempat, tetapi ia fokus kepada mereka yang berumur 75 tahun, penghuni rumah jagaan dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah,” ujar Javid.

Berikutan itu, terdapat sesetengah pegawai yang menyatakan bahawa suntikan kelima bakal diberikan kepada mereka yang mengalami gangguan imun termasuklah pesakit kanser darah dan pesakit yang melibatkan pemindahan (transplant) dan telah mendapat suntikan keempat.

Ia juga meningkatan jangkaan bahawa ratusan ribu orang bakal menerima suntikan dos keenam pada musim luruh ini sekiranya pusingan ketiga dos penggalak diluluskan.

Tambahnya lagi, program vaksinasi negara itu akan diperluaskan dan tidak akan terhenti begitu sahaja.

Saintis Scientific Advisory Group of Emergency (SAGE) turut menyokong strategi itu dan menganggap ia mungkin sebahagian daripada langkah peralihan ke fasa endemik tetapi ada juga saintis lain yang mengatakan pemberian dos penggalak yang tidak berkesudahan adalah sesuatu yang tidak perlu sekiranya virus itu menjadi ringan dari semasa ke semasa.

Justeru, Setiausaha Kesihatan, Jeremy Hunt mencadangkan agar pusingan kedua dos penggalak dilancarkan susulan peningkatan kes kemasukan ke hospital di negara itu yang menjadi petanda bahawa imuniti daripada dos penggalak sebelum ini telah berkurangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: